Klik jika berminat...

Followers

Thursday, December 16, 2010

♥ Kecurangan ♥

   Kecurangan..Memang perit sangat apabila diri ini dicurangi. Perasaan ini bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ini terjadi pada kita. Hanya orang yang pernah dicurangi yang dapat merasakan perasaan sebegini.Bagi diri ini bukan kali pertama dicurangi namun apa yang mampu ku lakukan hanya berserah pada Ilahi kerna masih tebal rasa sayang padanya.
   Mengapakah ada pasangan yang sanggup melakukan kecurangan?? Sedangkan manusia dikurniakan akal dan fikiran bagi membezakan perkara yang baik dan buruk. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya manusia sebegini.
   Kepada mangsa kecurangan sedarlah bahawa setiap yang berlakupasti ada hikmah tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang dapat menyembuhkan luka di hati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya.
   Setelah dilukai, pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut tapi kita haruslah ingat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya. Untuk memberi hukuman, jauh sekali. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil dan Bijaksana.
   Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa. Ingatlah, kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap. Allah tidak akan mengecewakan kita.
  Masa yang menentukan segalanya semoga dengan peluang yang diberi dia akan belajar untuk menjadi yang setia...

3 comments:

NuSaNa NoSa 91 said...

mmg sakit bila ada org curang ngan kita.. keen setuju ngan kata2 ratu tuh.. kita dpt memaafkn org yg tlh curang kt kita, tp, utk melupakan apa yg dia tlh buat, adalah sesuatu yg amat mustahil.. huk3~ =.="

♥Ratu_Hati♥ said...

♥ 2 la pe y ble kte wat hanya lah bersabar...
semoga orang yang kita syg 2 dpt mhargai kita...>_<..

Ce'gu JAERA said...

curang mmg dah lumrah dalam percintaan.. Bsabar ja la kan..
salam.... saya follower ke-6... salam persahabatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...