Klik jika berminat...

Followers

Thursday, December 16, 2010

♥ Kecurangan ♥

   Kecurangan..Memang perit sangat apabila diri ini dicurangi. Perasaan ini bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ini terjadi pada kita. Hanya orang yang pernah dicurangi yang dapat merasakan perasaan sebegini.Bagi diri ini bukan kali pertama dicurangi namun apa yang mampu ku lakukan hanya berserah pada Ilahi kerna masih tebal rasa sayang padanya.
   Mengapakah ada pasangan yang sanggup melakukan kecurangan?? Sedangkan manusia dikurniakan akal dan fikiran bagi membezakan perkara yang baik dan buruk. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya manusia sebegini.
   Kepada mangsa kecurangan sedarlah bahawa setiap yang berlakupasti ada hikmah tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang dapat menyembuhkan luka di hati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya.
   Setelah dilukai, pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut tapi kita haruslah ingat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya. Untuk memberi hukuman, jauh sekali. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil dan Bijaksana.
   Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa. Ingatlah, kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap. Allah tidak akan mengecewakan kita.
  Masa yang menentukan segalanya semoga dengan peluang yang diberi dia akan belajar untuk menjadi yang setia...

Wednesday, December 15, 2010

♥ Hormati ♥

    Pagi tadi sampai je kat tempat keje terkejut sangat tengok uncle Chong Kon Fah muka luka-luka,tangan bengkak then tanya la kenapa??rupa-rupanya jatuh longkang kene tolak..Kesian sangat, dia cerita waktu turun bas ramai budak-budak nak turun semua berebut-rebut nak cepat coz nak hujan disebabkan dia da tua dan x stabil da trus je jatuh..Sekarang ni makin lama makin berkurangan rasa hormat terhadap orang tua.Sepatutnya orang tua kene main kan peranan dari kecil lagi kene didik anak-anak ni...

Cara Mengajar Anak Supaya Menghormati Orang Tua

Sedikit tips agar mendidik anak-anak agar menghormati orang tua adalah seperti berikut:

1. Bersikap tegas:
 Tegaslah dengan apa yang anda ucapkan. Jika anda melarang atau meminta anak melakukan sesuatu beri ia alasan yang benar serta beri ia ketegasan.
2. Bersikap terus terang:
Katakan pada anak anda sesuatu yang semestinya mereka ketahui, beri ia penjelasan mengenai sesuatu. Jika anak menanyakan satu hal dan anda tidak mengetahui jawapannya, ada baiknya anda mengatakan hal yang sebenarnya dan mengajak anak mencari tahu jawapannya bersama-sama. Sikap ini akan lebih dihargai anak daripada anda pura-pura tahu.
3. Jadilah contoh yang baik dalam bersikap mahupun dalam berkata-kata:
Apabila orang tua menetapkan aturan A kepada anak maka sedapat mungkin orang tua harus tetap konsisten dengan peraturan tersebut, iaitu A. Misalnya, ketika orang tua menekankan kepada anak supaya tidak pernah mengambil barang milik orang lain sebelum mendapat izin dari yang empunya diri atau janganlah sekali-kali  membiarkan mereka atau menyuruh anak memakan makanan di kedai yang belum dibayar.
4. Janganlah berdusta kepada anak atau memperdayainya:
Kerana tindakan orang tua seperti ini dapat mendorong anak untuk tidak menghargai orang tua beserta aturannya.
5. Berani meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan terhadap anak:
Jangan takut meminta maaf atas kesalahan yang anda lakukan, kerana dengan demikian anak akan menghargai sikap anda serta mencontoh perilaku ini jika ia melakukan kesalahan.
6. Jangan takut mengungkapkan kasih sayang:
Anak yang tumbuh dengan ekspresi kasih sayang orang tua akan memiliki sikap yang ekspresif dalam mengungkapkan apa yang ada dalam fikirannya.

♥ Boleh ke??? ♥

Hukum merayakan sambutan/perayaan orang kafir

Contoh kes:
Kita sedia maklum, santa claus agak sinonim dengan sambutan perayaan krismas rata-rata company/syarikat/kedai buat sale sane sini, untuk menambahkan daya tarikan tersebut, para pekerja mereka diberi topi berupa topi santa tetapi apakah hukum nya pada umat islam yang memakai nye??

Sebahagian ayat-ayat Al-Quran dan petikan Hadis :
"Dan mereka (yang diredhai oleh Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menyaksikan yang palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang sia-sia, mereka melaluinya dengan menjaga kehormatan diri (membersihkan diri darinya)." (al-Furqan : 72)
"Sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dlm golongan tersebut" - hadis. 
Daripada Surah al-Kafirun (109) ayat 1-6, maksudnya: "Katakanlah (Muhammad) wahai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. Dan aku tidak beribadat sebagaimana kamu beribadat. Dan kamu tidak beribadat sebagaimana yang aku beribadat. Dan bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami."
Daripada Surah Luqman (31), ayat 13 - sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."
Sedikit penjelasan:
Kita dilarang mencontohi/mengambil cara/sambutan perayaan orang kafir dalam hidup kita, walaupun ucapan (wish/greeting) selamat dan sebagainya.Bertukar-tukar hadiah pun termasuk dalam hal ini, hukum nye haram

Kenapa???
>>Adapun sebenarnya, merayakan perayaan kaum kafir adalah sama saja seperti kita ini merestui/menyokong/meraikan perbuatan mereka yang kafir dan mensyirikkan Allah.
>>Adalah meraikan & mengucapkan tahniah (wish) atas perayaan mereka, adalah termasuk ke dalam perbuatan menyekutukan Allah. 
>>Ini kerana, perayaan-perayaan yang dilakukan (dirayakan) oleh orang-orang kafir itu adalah bagi tujuan meraikan agama mereka dan bertitik tolak kepada persoalan aqidah. Sebagai contoh, perayaan krismas (oleh kaum nasara/kristian) yang mana mereka menganggap bahawa Isa (Jesus sebagai anak tuhan) dan perayaan krismas (hari natal) adalah sebagai suatu tarikh untuk mereka meraikan kelahiran Jesus christ sebagai anak tuhan. Apakah kita sebagai muslim (yang bersih aqidahnya dari semua itu) mahu meraikan sama?
Ibnul Qayyim berkata, "Hendaklah behati-hati jangan sampai terjerumus sebagaimana orang-orang bodoh, ke dalam ucapan-ucapan yang menunjukkan redha mereka terhadap agamanya. Seperti ucapan mereka, "Semoga Allah membahagiakan kamu dengan agamamu"�, atau "memberkatimu dalam agamamu"�, atau berkata, "Semoga Allah memuliakanmu"�".

Memberi tahniah kepada orang-orang kafir hal-hal yang diperbolehkan (mubah) adalah dilarang jika mengandungi makna yang menunjukkan rela kepada agama mereka. Adapun memberikan tahniah atas hari-hari raya mereka atau syiar-syiar mereka adalah haram hukumnya dan sangat dikhuwatirkan pelakunya jatuh kepada kekufuran. (Sheikh Dr. Soleh Bin Fauzan al-Fauzan, Kitab at-Tauhid, jil. 1 di bawah tajuk al-Wala wal Bara)

Kesimpulannya...
Kita dilarang meniru cara mereka atau menyambut perayaan mereka dengan cara mereka,
secara tidak langsung akan jatuh kufur & shirik kepada ALLAH tanpa kita sedari.

Tuesday, December 14, 2010

♥ Kesihatan ♥

JANGAN hidupkan penghawa dingin sebaik menaiki kereta!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…

♥ Jerawat ♥ {Love your face}

  • Masalah jerawat adalah merupakan antara perkara yang begitu menyiksakan, dan biasanya masalah jerawat tersebut muncul pada waktu remaja. 
  • Walaupun begitu terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membantu mengatasi dan kemungkinan menghilangkan jerawat.
  • Langkah-langkah untuk pencegahan dan mungkin menghilangkan jerawat:
Masalah jerawat adalah disebabkan wujudnya sumbatan ‘sebum’ iaitu sejenis minyak wajah yang terperangkap di bahagian rambut, yang boleh menyebabkan peradangan bakteri. Anda boleh mengatasi penyebaran dan tahap keterukan serta kemungkinan menghilangkan jerawat dengan melakukan beberapa langkah untuk pencegahan seperti berikut:

i- Amalkan untuk mencuci wajah pada kadar dua kali sehari akan membantu untuk menghilangkan minyak di permukaan kulit tempat bakteri berada seterusnya menghilangkan jerawat. Mesti berhati-hatilah supaya jangan sampai mencuci atau menggosok wajah dengan cara yang berlebihan karena ini dapat merangsang penghasilan minyak sebaceous dengan lebih banyak lagi dan ini boleh mengakibatkan masalah pada kulit wajah.

ii- Hindari kosmetik yang berminyak
Selepas peluh keluar, atau mandi, kulit perlu dikeringkan dengan handuk yang bersih – hampir semua bakteri termasuklah bakteri yang boleh mengakibatkan masalah jerawat, menyukai keadaan yang lembab dan hangat. Ini adalah cara menghilangkan jerawat yang baik.

iii-70% daripada kulit terdiri dari air, oleh itu pastikan minum air dalam kuantiti yang banyak  paling kurang seliter sehari, bagi membantu kulit agar tetap sihat dan seterusnya moga dapat menghilangkan jerawat.

iv-Penggunaan pelembab boleh membantu menjaga kulit agar sentiasa sihat sehingga kulit tidak kering, pecah-pecah atau menghadapai jangkitan seterusnya menolong menghilangkan jerawat.

Monday, December 13, 2010

♥ Kegemukan ♥ {love your body}

Seseorang yang mempunyai berat badan 10% melebihi dari berat piawai dianggap gemuk.
Orang yang gemuk adalah lebih cenderung mendapat komplikasi kesihatan berbanding populasi normal. 
Jika berat badan anda melebihi 10% berat piawai, risiko untuk menemui maut lebih awal meningkat sebanyak 9% bagi wanita dan 13% untuk lelaki.

  • Punca-punca
v Memakan berlebihan
v Memakan jenis makanan yang kurang sesuai.e. makanan yang tinggi dalam karbohidrat
v Kekurangan aktiviti dan senaman
v Faktor-faktor genetik
v Gaya hidup
v Faktor-faktor hormonal.
  • Risiko-risiko
Masalah kesihatan yang bertambah dengan kegemukan
v Penyakit-penyakit jantung
v Darah Tinggi
v Gout
v Masalah pundi hempedu
v Kencing manis
v Osteoatritis pada pinggang, lutut dan tulang belakang
v Lebih cenderung mendapat kemalangan
v Pembengkakkan salur darah pada kaki
v Kemurungan
v Kesusahan semasa kehamilan
  • Tanda-tanda dan Gejala-gejala
v Peningkatan berat badan
v Kesusahan bernafas
v Kepenatan
v Sakit dan pembengkakkan pada sendi-sendi
  • Ujian Cubitan
Cubit perut di antara pusat dan tulang pinggul. Ukur "cubitan" itu. Lapik kulit yang melebihi  25mm (1 inci) menunjukkan berat yang berlebihan.
  • Perkara-perkara Yang Perlu Dielak
v Gula - Jangan makan kek-kek, biskut-biskut, jem, makanan-makanan pencuci mulut dan
    jangan minum minuman ringan.

v Makanan bergoreng - lebih baik dipanggang.
v Lemak - Gunakan minyak, mentega dan marjerin yang sedikit. Jangan makan kulit ayam
    dan lemak pada daging.

v Diet sementara yang ganjil-ganjil.
v Makanan-makanan yang berlebihan - “Lebih baik membuang dari menambah kegemukan”
  • Tabiat-tabiat Baru
v Pilih tempat untuk memakan di tempat kerja dan tempat tinggal. Makan hanya di tempat
    tersebut setiap masa.

v Makan sambil duduk.
v Jangan makan sambil menonton televisyen.
v Makanan-makanan segar yang pelbagai, seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang
    memberikan vitamin-vitamin dan garam-garam galian.

v Senam - berjalan di awal pagi, berlari atau berenang membakar lemak secara berterusan
    sehingga 16 jam.

v Rancang diet mingguan anda dan ikutinya.
v Jangan beli makanan melebihi keperluan.
v Jangan pergi membeli-belah dan membeli makanan semasa lapar.
v Apabila anda keluar untuk makan malam atau jamuan, makan sedikit pada awal
    sebelumnnya dan sedikit pada hari kemudiannya.

v Kurangkan minuman beralkohol.
v Setiap hari, fikirkan sebab mengapa anda harus kurangkan berat badan anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...